Thursday, July 29, 2010

BILA LAGI?



Aku kerap bertanya ikhwah yang masih bujang dan sepatutnya sudah kahwin setiap kali bertemu mereka: “Bila nak kahwin? calon-calon akhawwat kat Baitul Muslim dah makin ramai?”. Macam-macam jawapan bersahaja yang diberikan: “InsyaAllah ustaz bila sampai masanya” “ belum ada feel lah”, ekonomi belum kukuh”, “masih banyak perkara yang perlu didahulukan (priority)” ‘”nantilah dulu, tak fikir lagi………”

Bagi aku jawapan begitu tidak pelik kalau orang itu orang biasa yang tidak pernah diperdengarkan fikrah Islamiyyah dan dididik dengan perjuangan. Tapi andainya jawapan itu lahir dalam kalangan mereka yang telah ditarbiah dan hadham manhaj tagyir Islam…kurang logik dan tidak boleh diterima akal. Bahkan sepatutnya mereka mesti faham bahawa mereka perlu segera kahwin kerana:


i) Perkahwinan seorang da’ie bukan sekadar diasaskan oleh nafsu bahkan kerana ia satu tuntutan dakwah. Bukan sekadar menyelamatkan diri dari fitnah tapi menyelamatkan ummah dari musibah. Kalau tunggu feel, rasa dan bernafsu, setengah orang prioriti nafsunya pada harta, kerjaya, kereta, melancong, pangkat dan kedudukan melebihi feel terhadapwanita dan perkahwinan. Bila sudah senang dan mencapai impiannya baru mula berfikir untuk berkahwin, waktu tu juga bukan kerana feel tapi sekadar menjadi pelengkap diari hidup seorang lelaki. Waktu itu kalaupun belum terlambat tapi pastinya kurang produktiviti. Sedangkan Sumbangan paling besar seorang akh adalah melalui rumahnya.

ii) Perkahwinan merupakan tangga kedua untuk menegakkan semula Islam. Musuh pula menjadikannya medan untuk menghancurkan Islam. Lihat sahaja kes perceraian yang berlaku di negara kita (http://www.islam.gov.my/informasi) .Setiap tahun meningkat. Ini memberi gambaran buruk terhadap imej Islam dan menakut-nakutkan golongan teruna dara untuk berkahwin. Kalau orang yang memiliki kesedaran dan faham matlamat berumahtangga lambat berkahwin, pastinya arus kehancuran itu akan menang dan kita lemas dalam ombaknya. Berkahwinlah dan lawan arus itu dengan arus. Anda perlu buktikan bahawa rumahtangga da'ie adalah binaan kebahagiaan dan di dalamnya penuh keseronokan bukan seperti yang digambarkan.

iii) Kita perlu bersegera mempersiapkan barisan pejuang yang mantap tarbiahnya. Setiap orang yang ditarbiah wajib mentarbiah. Setiap yang memperolehi fikrah wajib mewariskan fikrah dan perjuangannya. Orang yang paling sesuai menerima semua itu adalah anak-anaknya sebelum orang lain. Lantaran itu sepatutnya setiap akh berusaha memperolehi zuriat yang ramai dan mendidik setiap seorang dari mereka memahahami apa yang difahami oleh ibubapanya. Mana mungkin beroleh ramai kalau perkahwinan dilakukan di senja hari ketika matahari hampir terbenam. Musuh pula dengan mudah menyediakan tenteranya dan memasukkan jarum pelali untuk membekukan langkah ummah kehadapan. Kes anak luar nikah (http://berita-harian-online.com/statistik-anak-luar-nikah-di-malaysia/), buang bayi dan bermacam isu sosial memihak kepada mereka dan memberi kekuatan perjuangan mereka.

iv) Nak tunggu urusan keluarga selesai? …tanya balik diri anda…bila? bila tarikh selesainya. Urusan keluarga takkan pernah selesai. Dari kenduri kendara hinggalah sakit mati, itu perjalanan peristiwaa dalam keluarga yang bakal silih berganti. Cuma akan tamat bila anda telah ‘tamat’. Seoang akh perlu faham bahawa mereka bukan ditarbiah hanya untuk dikecapi kejayaannya oleh keluarga. Anda adalah harapan ummah untuk mengeluarkan mereka dari permasalahan yang belum nampak noktah penamatnya. Setelah ditarbiah dengan isu-isu besar, kenapa jadi mengecil ‘himmah’ anda? Anda mengagalkan impian dan wawasan.

v) Nak tunggu kaya? Nak tunggu settle semua?....ermm, kalau tanya orang paling kaya di dunia pun dia akan menjawab saya belum cukup kaya lagi, banyak lagi impian saya belum tercapai. Satu lagi, hidup di dunia ini tak akan ada istilah settle. Selesai satu masalah pasti datang masalah lain. Semua masalah akan selesai hanya kalau kita menjejak kaki ke syurga. Kalau ke syurga….Ameen. Perkahwinan adalah antara wasilah orang saleh mengintai syurga. Orang yang nak tunggu settle segalanya dan cukup duitnya mungkin terlupa janji Allah SWT dalam al-Quran:

وَأَنْكِحُوا الأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ) النور/32

Dan kawinkanlah orang-orang yang masih sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (rkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (al-Nur:32)

Kata Ibnu Abbas r.a: “ Allah SWT memerintahkansupaya bernikah dan memberikan galakkan, ia memerintahkan hambanya menikahkan orangyang merdeka dan hamba sahaya. Allah berjanji untuk memberikan kesenangan kepada mereka”. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Carilah kekayaan melalui pernikahan” (lihat: Tafsir al-Tabari: 19/166)

Kata Ibnu Kathir: “ Yang termaktub dalam kemurahan dan kelembutan Allah SWT terhadap hamba-hambanya ialah Ia akan memberi rezeki kepada lelaki dn wanita yang berkahwin sesuatu yang mencukupi keperluan keduanya”. (Tafsir Ibn Kathir:51/52)

Berkata al-Saadi dalam tafsirnya: “Maka tiada yang menghalang dakwaan kamu yang menyangka bahawa apabila berkahwin kamu akan menjadi fakir kerana banyaknya tanggungan kamu, sedangkan ayat ini mengalakkan kamu berkahwin dan Allah berjanji kepada orang yang berkahwin untuk mengkayakan mereka setelah hidup dalam kefakiran” (Tafsir al-Saadi: 567)


Jadi apa alasan anda lagi untuk lambat kahwin, menangguh-nangguhkan perancangan dan sengaja menghabiskan usia muda dengan urusan-urusan dakwah yang ringan. Anda bukan lelaki tulen atau jangan marah kalau dipersoalkan ‘kelakian’ anda.

8 comments:

  • irshadian says:
    July 29, 2010 at 8:55 PM

    insyaAllah..lontaran berani, tak tahu la akhawat dan ikhawah berani tak atau sekadar yang idealistik di dalam halaqah dan daurah sahaja.

  • hisyam_mujahid says:
    July 30, 2010 at 1:25 AM

    jazakumullah khair ustaz. artikel sarat dengan pengisian yang baik :)

    satu lagi masalah pada pandangan saya apbl menyentuh bab nikah kahwin ni, ialah adat melayu yang bermacam2 sehingga menyusahkan proses pernikahan.

    malah sampai akad nikah pun nak nyusahkan pengantin nak lafazkan akad. kena pakai bahasa melayu yang bersusun2. sedangkan kalau ikut syariat, 'qabiltu' @ 'aku terima!' sudah memadai.

    apa komen ustaz?

  • Abu Syifa' says:
    July 30, 2010 at 2:42 AM

    BETUL2 ADAT KITA TERLALU BYK RENCAHNYA. ADA YG SYARIE DAN ADA YG TIDAK BERTEPATAN DGN MAQASID SYARIAH DLM PERKAHWINAN. BAGI AKH YG FAHAM AGAMANYA, PASTI PANDAI BUAT PENAPISAN DAN IKUTI YG LOGIK SYARIE SAJA.

    SAYA LONTARKAN ISU NI SBB DALAM AKAUN SIMPANAN BAITUL MUSLIM YG DISENGGARAKAN OLEH SEORG SAHABAT SAYA. BILANGAN AKHAWWAT MENDAFTAR TERLALU RAMAI BERBANDING IKHWAH...

  • shamsul says:
    July 30, 2010 at 7:50 AM

    askum ustaz.. apa khabar? Rindu kt ums.. huhu.. sy Shamsul studnt ust thn 2004-2007.. ms tu sy amik kos ust transaksi kewangan islam n titas.. alhamdulillah skg sy dah keje sbg ckg.. menarik la artikel ni.. haha.. mmg nk khwn tp xtau la bila.. ustaz tlg2 la doakn ye.. Selamat belajar ustaz.. MA'A NAJAH.. Semoga hidup mu sekeluarga sentiasa dlm rahmat dan ksh syg Allah swt.. maassalamah

  • ummu iman says:
    August 29, 2010 at 11:50 PM

    salam'alaik ustz, bgmn kalo para akhwatnya sudah bersedia tp calonnya xde...teruskan bdoa shj la...

  • Abu Syifa' says:
    August 30, 2010 at 1:32 AM

    BERDOA DAN BERUSAHA...
    antara usaha yang disyariatkan oleh Islam. Melamar mana2 lelaki yang baik (dalam kontek perjuangan istilah 'baik' perlu diperhalusia. Bukan sekadar budi dan body, tapi juga tarbiah dan fikrahnya). SYarat ni cuma bagi yg ingin melahirkan Baitul Dakwah.
    Satu lagi jalan yg dianggap kontroversi tapi Allah SWT mensyariatkannya..poligami..poligami dgn lelaki yang memaparkan kecemerlangannya membina baitul dakwah dan mampu memimpin ukhti dlm perjuangan. Tapi kena faham suami begitu tak byk masa nak lihat wajah isteri 24 jam. Dia lebih byk melihat wajah ummah. Anda cuma boleh hadir kalau mampu membantu memperkuatkan, tapi kalau ingin berpaut dan merebahkannya..elok mencari yg lain.

    Yg terakhir..berdoa dan terus menunggu..dlm masa yg sama, rancakkan perjuangan dan habiskan masa membujang di dalamnya. InsyaAllah Allah akan sediakan suami yg tiada tolok bandingnya di syurga.

    Sekadar pandangan ana.

  • iqhakim says:
    November 3, 2010 at 1:57 PM

    Memang kontroversi komen ustaz tu. InsyaAllah, mereka yang benar-benar faham dan meyakini fikrah ini mampu membuat keputusan terbaik, dengan Allah memberi hidayah kepada mereka.

    ish, ni bikin sa teruja mau balik kampung ni. =)

    Ustaz dalam hujung tahun ni hingga awal tahun depan, ada turun KL? Nak ajak pi minum sambil bual-bual. =) InsyaAllah, ada rezeki sampai ana di UMS tu.

    =)

  • Abu Syifa' says:
    November 4, 2010 at 8:41 PM

    SAYA MEMANG SUDAH BERADA DI KL SEMENJAK JULAI LAGI...:)