Thursday, April 22, 2010

AMANAH

Puteriku..
saat tangan ini menyambutmu
pemberian tuhan penuh amanah
membesarkanmu penuh hikmah
menyusukanmu air tarbiah
mendodoimu nasyid fikrah
moga mewarisi kesucian risalah
peninggalan Rasulullah


Kami sekadar meneruskan
tradisi turun temurun
sang wali gunung jati
agar lahir zuriat berhati suci
menyala iman dalam hati
moga keturunan kita diberkati

peganglah risalah itu
yang sering ku bicarakan kepadamu
campurkan ia dengan darahmu
suburkan ia dengan airmatamu
padanya erti hidup sebagai hamba
padanya erti sebenar mulia
kami sudah merasa nikmatnya

atur langkah beradab di atasnya
kumpul segala kekuatan
agar tenang dalam ujian
sabar menanggung keperitan
kerana memang tradisi pejuang

Moga kau lebih baik dari kami….

1 comments:

  • Penawar Suci says:
    April 22, 2010 at 4:02 PM

    abiku, umiku, buah hati ku...
    insyallah....nama yg kau beri kan ini "SYIFA'", akan syifa tunaikan haknyer, akan syifa jdkan ia satu realiti...biar tidak dapat mengubat luaran manusia, asalkan dapat mengubat kefahaman dan jiwa manusia...
    insyallah, syifa akan gunakan segala- gala yg dibekalkan oleh abi..ampunkan kesalahan syifa yer..
    wallahualam...
    kaulah insan yang terbaik dalam hidupku....