Monday, March 16, 2009

BURUNG BESI


Aku menulis ni ketika masih berada dalam perut burung besi Boeing 373 menuju ke KLIA. Sepanjang hidup ku ini entah untuk kali ke berapa aku naik burung besi. Dulu waktu belajar di luar negara, memang terpaksa naik burung besi untuk sampai ke destinasi.

Pertama kali aku naik dulu, ketika nak masuk form 1 di Kuching. Itupun setelah dua kali naik bot. Dari kampung ke Lawas dan dari Lawas ke Brunei. Dari Brunei baru naik burung besi ke Kuching.


Satu persamaan yang sering membawa aku naik burung besi dalam negeri atau luar negeri ialah kerana menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu. Atas keperluan ilmu itulah aku habiskan sebahagian besar umur mudaku diperantauan dan 8 tahun di luar negara. Hingga kini aku kemana-manapun kerana alasan yang sama. Ada pihak yang sanggup memberi aku tiket percuma untuk naik burung besi dan menyediakan hotel yang serba lengkap sekadar untuk share ilmu walau cuma sejam. Rupanya ilmu itu sangat berharga dan bernilai bagi sesiapa yang memahaminya. Aku yakin burung besi ini tak akan terbang tanpa ilmu. Bermula dari melakar rajahnya, membuatnnya dan hinggalah menerbangkannya, perlukan ilmu. Pramugari ketika menuang air dan menghidangkannya...juga dengan ilmu, sebab itu cara mereka berbeza kalau dibandingkan pelayan di warung kopi. Gaji mereka juga lebih mahal. Ini kerana ilmu menuang kopi mereka lebih profesional dari pelayan tersebut.

Berbicara tentang ilmu, tidak ramai yang bersungguh-sungguh mengutipnya. Ramai yang memperolehinya secara kebetulan atau terpaksa. Ini kerana tidak ramai yang merancang untuk memperolehinya. Tak tahu mengukur tahap perolehannya. Malah tak pandai menilai antara priority dan secondary.

Dah masuk 13 tahun aku jadi pensyarah. Aku perhatikan anak bangsaku yang belajar di Universiti tak bersungguh-sungguh cari ilmu. Banyak masa habis dengan kerja lain. Sebab tu tiap kali konvo, anak bangsaku tersenarai dalam class terakhir. Yang first class, ramai bangsa lain. Menyedihkan. Kalau ketika menuntut ilmu, menguasai teori kemajuanpun tak maju? Bagaimana di alam praktikal, alam pekerjaan? Pasti kesannya sama!. Ertinya tak ada gunanya berbicara soal wawasan dan kemajuan? Lagilah tamadun yang aku sering ajar pelajarku dalam kelas. Akan berakhir sebagai cerita dongeng dahulukala yang tak mampu direalisasikan di alam nyata.

Ilmu sangat penting untuk perjuangan. Tanpa ilmu perjuangan tidak akan ke mana-mana. Sekadar tong kosong yang boleh dicanang ke mana-mana. Tapi setitik air pun tiada untuk menyelamatkan orang yang dahaga.


Aku sering berbicara dengan pelajar yang seagama denganku soal perjuangan. Mereka ini terdiri dari pemuda pemudi yang bersemangat untuk berjuang. Sering ulang alik ke masjid dan surau. Aku kagum dengan pemuda pemudi seperti ini. Mereka mampu 'berbeza' dari rakan seusia yang lebih gemar lepak di cafe atau di panggung wayang. Cuma...kadangkala aku tegur sedikit salah faham mereka dalam menilai antara dakwah dan ilmu. Bagi mereka kena banyak habiskan masa untuk dakwah dan terpaksa korbankan masa study. Sebab itu sebahagian mereka kandas dalam pelajaran dan ada yang extand pengajian. Ada sebahagian yang berjayapun CGPAnya paras hidung sahaja. Padahal mereka inilah satu-satunya generasi yang masih boleh diharap memimpin ummah dan negara. Tapi awal-awal lagi mereka liking.

Apabila pemuda-pemudi ini diajak berbicara soal perjuangan menegakkan negara dan tamadun, mereka sangat bersemangat. Bagi mereka itulah target utama perjuangan. Kadangkala kalah ahli politik dalam bab mengupas isu semasa. Tapi...sedarkah kita bahawa negara yang nak dibina perlukan hospital, jalanraya, masjid, universiti, tentera, polis dan pelbagai institusi berorientasikan Islam secara menyeluruh. Siapa yang akan mengisi semua itu bila tertegaknya daulah? Dan dalam tempoh itu, alangkah indahnya kalau institusi itu diisi oleh orang-orang yang faham perjuangan. Akhirnya ia menjadi medan dakwah dan perjuangan?. Tapi akhirnya, yang mengisi posisi penting...orang biasa yang tiada perjuangan apa-apa kecuali dirinya.

Satu lagi yang pelik, anak-anak muda yang bersemangat untuk berdakwah ini sepatutnya menumpukan aspek keilmuan yang ada kaitan dengan pembinaan kefahaman agama. Tapi setakat pengalaman yang ada, majlis-majlis ilmu agama yang diadakan dimasjid, surau dan tempat-tempat lain...masih kurang diisi termasuklah di kalangan anak-anak muda yang bersemangat ini. Kadangkala tertanya-tanya juga, dekat manakah anak-anak ini belajar untuk jadi pejuang dan mampukah mereka berjuang? akademikpun tidak cemerlang, ilmu agamanyapun tidak juga berkembang. Mahu jadi apa akhirnya mereka ini. Sayang sekali semangat itu tidak berisi dengan isi yang sepatutnya. Akhirnya apabila terjun ke tengah medan yang sebenarnya, mereka lemas dan hilang.

Gerakan Islam perlu melihat perkara ini sebagai agenda utama dalam tarbiah. Andainya mereka ingin membentuk barisan pelapis yang mantap. Strategi tarbiah dan kefahaman terhadap priority mesti jelas dan diperjelaskan kepada anak-anak muda yang belayar bersama mereka. Usia muda mereka sangat berharga. Mereka boleh dibentuk sebagai pendukung dakwah. Kecualilah gerakkan itu berbangga dengan ramainya penyokong. Pasti tarbiah menghasilkan pendukung berbeza dari meramaikan penyokong.

Benarlah kata Imam Hassan al-Banna: antara punca kejatuhan tamadun Islam ialah apabila umat Islam mula mengabaikan ilmu berbentuk praktikal (sains dan teknologi) dan lebih menumpukan aspek falsafah.

Pembinaan tamadun Islam akan datang amat memerlukan ilmuan yang memahami agamanya melalui 2 aspek keilmuan. Membina dunia berteraskan takwa. Semakin bertambah kemajuan fizikal semakin murni spritual. Islam pernah membuktikannya berabad-abad lamanya. Majoriti sahabat nabi yang dijanjikan masuk syurga juga adalah jutawan di kalangan mereka. Mereka meneroka lautan dan daratan untuk menyebarkan Islam. Islam yang mereka sebarkan berjaya membuka kota dan mengkayakan manusia. Tapi Islam itu juga menjadikan mereka sangat cinta kepada tuhan, manusia dan kedamaian.

Burung besi ini dah hampir sampai ke destinasinya. Hebat sekali...ketika ia bergerak, aku sempat berehat. Bila ia berehat aku pula yang kena bergerak....kalau tak...tak sampai rumahlah aku. Adapun dakwah ini, ia cuma akan bergerak bila para daie bergerak. Andainya para daie berehat, dakwah ini juga akan berehat. Kalau terlalu ramai yang sudah berehat sebelum tiba masanya, pasti Islam ini akan hancur. Ini kerena pengerak kehancuran tak pernah berehat. Ditanya kepada Hassan al-Basri: Bilakah seorang hamba mampu merasai nikmatnya rehat. Jawabnya: Ketika pertama kali kakinya melangkah ke syurga. Mudahan kita diberi ruang untuk berterusan melakukan kebaikan yang memungkinkan kita berehat di syurga. Allahhumma AMIN.

4 comments:

  • Ukhti Masnah says:
    March 19, 2009 at 1:54 AM

    InsyaALLAH

  • MyPunang says:
    March 21, 2009 at 5:29 PM

    Assalamualaikum,

    http://www.punang.com/2009/03/bab-4-showcase-likopta-pertama.html

    Kedua-duanya mengenai besi terbang dalam cerita yang jauh berbeza. Abu Syifa cerita masa kini tapi punang.com tentang masa dahulu. Abu Syifa mengenai banyak kali tapi Punang.com mengenai pertama kali.

    Dalam perbezaan, banyak persamaan terutama sekali tentang creativiti dan asal kedua-dua penulis.

    Baibun saja Ustaz.

  • ISLAH AD DEEN says:
    March 25, 2009 at 7:35 AM

    Sekadar berkongsi...
    Assalamualaikum.

    Betul Ustaz. Kalau nda ada ilmu nda kan nait burung besi atu. Ana pun kalau nda pandai sekolah, nda pernah termimpi nait belon ni. Tapi sebab ilmu terbang belajar. Dengan ilmu dapat bekerja di Lawas kemudian ke mana2 dengan burung besi ini. Dulu time study di UKM boarding pas tu disimpan. Nak kira and tunjuk kat orang kampung berapa kali dah nait belon. Sekarang? Ha ha.. Tak terkira dah. Syukur pada Allah yang memberi nikmat.

  • Najay says:
    March 30, 2009 at 5:06 AM

    Asalamualaikum,

    Cerita simpan boarding pas serupa dengan cerita dan tujuan ana. Malah ana simpan counterfoil tiket sekali. Sampai anak satu ana simpan. Satu hari isteri ana tanya -untuk apa simpan? Ana malu dan terus bakar. Ingin kongsi cerita.Naik besi terbangkan satu nikmat.