Tuesday, January 13, 2009

SIAPA YAHUDI? SIAPA ORANG ISLAM?

Sumber: Utusan Malaysia Online (14 Januari 2009)


SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia di dunia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

KOMEN: DAH HAMPIR 12 TAHUN AKU JADI LECTURER, MEMANG PELAJAR MUSLIM JAUH KETINGGALAN...YG DAPAT GRED A UTK SUBJEK KEWANGAN ISLAM AKU DULUPUN BUKAN PELAJAR ISLAM. HAIRANNYA RAMAI PEMUDA ISLAM AKU TEMUI DI PUSAT SERENTI (KETIKA FORUM). kAT PENJARAPUN RAMAI KATA KAWANKU...KITA MASIH BERGELUMANG DGN ISU SOSIAL REMAJA...SEDANG BANGSA DAN UMAT LAIN SUDAH TINGGI DI LANGIT. REALITI UMMAT YG PERLU KITA UBAH DARI DALAM PERUT SENDIRI...

9 comments:

  • Anonymous says:
    January 13, 2009 at 7:13 PM

    hmm..sblum 2 sya ni student encik..utk sem ini..komen sya..hmm..sya non muslim..brmakna sya ble dkatakan sbg pngikut bangsa yahudi (Jesus)..tp bg sya..kta manusia sma sja bha..ok..kata la bngsa yahudi bkuasa sbb mereka berpelajaran..bnyk jg ilmuwan islam yg mula kan penemuan..sya tdk ingat siapa la ilmuwan tu tp mmg ada pnemuan pertama cthnya bdg perubatan dmulakan oleh ilmuwan islam..btl tdk?cuma bezanya..ilmuwan islam ini tdk mngembangkan pnemuan mereka..sbb itu org yahudi mngambil alih pnemuan itu dan sterusnya memodenkan..setiap org ada klbihan..wlaupn org yahudi dkatakan Genius..tp ada klemahan..mereka guna ke'genius'an mreka utk bnda tg salah..cpta bom..kreta kebal..utk apa?mbunuh org yang tdk brsalah..tp ada jg yg guna utk kbaikan kn..Sdgkan Jesus sndiri disalibkan atas permntaan bangsa sendri..Org Yahudi..Jadi Org yahudi atau islam sama saja..cuma pilihan utk menjadi siapa itu yang pntg..dan pilihan itu Tuhan bagi..kputusan d tngn kta..sbb itu yg bdosa itu kta..kalo Tuhan yg tkdir kan pilihan kta..teda beza dgn kta ckp Tuhan itu berdosa..

  • Hazim Azhar says:
    January 13, 2009 at 9:26 PM

    Kejayaan demi kejayaan. Cemburu dan marah melihat mereka. Jadi, kita sbgai islam mesti cemerlang dalam skop kita. Cemerlang kerana Islam, kerana ini tuntutan umat zaman kini.

  • Abu Syifa' says:
    January 13, 2009 at 10:25 PM

    Terima kasih kepada anak-anak (pelajar) saya yg sudi bagi komen. Sebenarnya manusia memang sama. Tapi yg menyebabkan mereka berkuasa berbanding orang lain ialah kerana mrk memiliki kekuatan. Kekuatan yg paling utama ialah kekuatan keilmuan & pendidikan. Dulu org Islam hebat kerana mereka miliki kekuatan, antara yg paling utama ialah mrk kuasai dan menerajui pelbagai cabang ilmu. Sekarang barat (termasuk Yahudi) yg kuasai, mereka kuasai dunia...sebenarnya artikel ini nak motivasi kita (khususnya) pelajar supaya cemerlang dlm pelajaran. Rajin bukan main-main. Itu saja caranya kita 'ajar' Yahudi yg suka buat jahat bukan saja pd umat Islam bahkan pada semua Goyem (mrk gelar selain Yahudi sbg goyem).

  • amal says:
    January 14, 2009 at 6:07 AM

    huhu btol2, stigma pemikiran kita dijajah. punyala bangga makan di McD, minum di starbuck, pakai jeans (Levi's,beg DKNY, singgah kejap di dunkin donut,perfume geogio armani. itu dah kira bergaya lagi hi-class.

  • Anonymous says:
    January 15, 2009 at 9:10 PM

    umat islam perlu bangkit..zaman kegemilangan kita tidak akan kembali sekiranya umat islam masih leka..penguasaan ilmu pengetahuan amat penting..senjata yang terhebat ialah minda dan pemikiran serta tahap keintelektualan kita sdiri..from-pro_palestin-

  • Anonymous says:
    January 19, 2009 at 1:20 AM

    anonymous...
    yahudi dan kristian xsama laa...
    apa laa u ni...

  • syed says:
    March 3, 2009 at 9:56 AM

    Yahudi mmg di lahirkn menjadi seorg yg bijak dan licik..malah sejak dari awal lagi sudah macam tu..
    ok..mengikut Old Tastement..bapa kepada org yahudi..iaitu nabi Yaakub atau Jacob..yg di gelar Allah ISRAEL..baginda mmpnyai seorg abg kembar,iaitu ESAU(yang kemerah2an,Esau di lahirkan dahulu beberapa saat seblum Jacob..Esau diberi nama kerana kulitnya ketika kuar amat2 merah..baginda kuar ikut kaki dahulu..

    di cerita dalam OT(Old Tastement)..bahawa Esau telah di tipu dgn liciknya oleh Jacob utk mendapat kn hak 'abg'kerana satu kesalahan Esau kepada adiknya itu..

    akhirnya Esau di halau..dan mmbntuk keturunan EDOM(bakal menjdi musuh ketat bani Israel selain org2 Phalestine)

    bgaimanapon..jgn la mmpercayainya sebulat2..kerana..sering diketahui bahawa org2 yahudi sering meceritakn perihal buruk2 nabi2 mereka..ini adalah cume renungan bagi asal usul Yahudi..

  • Abu Syifa' says:
    March 3, 2009 at 6:09 PM

    Terima kasih

    Cuma seperkara yang perlu kita lakukan apabila membaca kisah umat2 dan nabi2 terdahulu ialah memastikan kesahihan riwayat sejarah/kisah tersebut. Banyak cerita berunsurkan Israiliyyat yang sengaja memburukkan nabi2 yang diutus oleh Allah SWT. Sebahagian besar kisah yang benar telah ternukil melalui a-Quran dan Sunnah Nabi (itupun ada hadith palsu)..lain dari itu...sumbernya amat diragui.

  • Ain Lam Mim says:
    February 24, 2011 at 3:48 AM

    slm ust yg mulia,
    syukran d atas info menarik ini. moga jadi renungan kita semua utk bertindak dgn sewajarnya, amin 99x... :)