Monday, January 12, 2009

GAZA: CUKUPKAH SEKADAR MARAH???



Semalam sempat aku meninjau kain putih panjang yang digantung oleh MPP UMS disepanjang jalan berhampiran Dewan Kuliah Perdana….macam-macam tulisan dan tandatangan yang aku lihat demi menyuarakan sokongan kepada Palestin dan bantahan kepada Israel. Semangat yang berkobar-kobar ini amat baik sebenarnya. Kesedaran tentang isu Palestin juga amat baik dan wajib. Tapi…cukupkah sekadar itu??


Ramaikah di kalangan pelajar sedar bahawa sejarah pertembungan antara Yahudi dan Tentera Iman ini merupakan sejarah yang panjang? Adakah mereka membaca sejarah?

Pernahkah mereka mengkaji tentang kisah, sifat dan keperibadian bangsa yahudi seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran? Rasanya ramai yang belum sempat membacanya …atau tak berminat membacanya.



Bukan apa, melalui pembacaan sejarah dan pemaparan tabiat yahudi menerusi al-Quran kita akan dapati mereka merupakan bangsa yang licik dan berperancangan. Ratusan tahun mereka merancang untuk menakluki Jerusalem setelah membuat keputusan untuk menjadikannya ibunegara Israel yang luasnya antara sungai Nil dan Furat. Ratusan tahun mereka mentarbiyyah anak-anak muda Yahudi hingga menjadi pakar dalam pelbagai bidang. Walaupun mereka sedikit bilangannya di dunia! Tapi mereka berjaya menguasai ekonomi, politik, multimedia, ketenteraan dan sosial negara-negara yang dianggap kuasa besar dunia. Mereka berjaya melahirkan pakar-pakar yang hebat dalam pelbagai bidang. Mereka berjaya menyediakan kekuatan ekonomi, ketenteraan dan politik untuk menawan Palestin bahkan dunia.

Kita pula umat Islam, walaupun bilangan kita ramai, tapi serba kekurangan dalam pelbagai bidang. Ada negarapun, ekonominya dikuasai oleh bangsa lain. Politiknya ditentukan oleh kuasa luar, ketenteraan mengharapkan teknologi musuh. Bagaimana hendak bersaing dengan musuh??

Persoalannya cukupkah dengan kita menjerit, demonstrasi, himpunkan tandatangan, solat hajat dan memaparkan kemarahan kita melalui pelbagai saluran? Saya memang yakin semua itu perlu tapi itu sekadar untuk jangka pendek. Persoalannya untuk 50 tahun akan datang, umat ini perlu kepada kekuatan yang jauh lebih hebat dari sekarang. Tiada kekuatan yang lebih hebat dari kekuatan ’RIJAL’!!. Rijal yang digunakan untuk mengambarkan lelaki muda yang memiliki kefahan perjuangan yang jelas, kekuatan ilmu, peribadi dan jasmani inilah yang sangat diperlukan untuk mengerakkan ummah membina tamadun dan seterusnya mengajar musuh-musuh ummah supaya tunduk kepada keadilan tuhan. Semangat rijal ini juga perlu ada pada srikandi ummah di kalangan wanita belia yang kini menguasai hampir 65% populasi UMS kerana mereka bakal menjadi penentu perjalanan sejarah ummah di masa akan datang.

Qunut Nazilah perlu! Solat hajat perlu! Demonstrasi perlu! Tandatangan di banner perlu! Tapi dalam masa yang sama, bahkan lebih utama, kita perlu kepada pembinaan diri dan antara yang terpenting ialah kecemerlangan dalam tarbiah dan akademik. Apa jurusan pun yang pelajar ceburi dari jurusan sains tulin hinggalah ke sains sosial sangat penting untuk membina kekuatan ummah. Kalianlah yang diharapkan untuk mengerakkannya dengan penuh semangat, inovasi yang tinggi dan kreatif. Akhirnya kalian mampu mengubah warna dunia yang ratusan tahun di conteng oleh Yahudi demi kepentingan mereka, kalian tukar warnanya menjadi warna Islam, warna keadilan Ilahi dan mampu di nikmati bersama oleh seluruh manusia tanpa mengira agama.

Cemerlangkanlah akademik anda, akhirnya nanti anda menjadi jurutera senjata yang mungkin mampu menghantar ‘senjata’ kepada pejuang Palestin melalui email...pelik tapi tak mustahil. Atau menjadi seorang hartawan yang kaya dan mampu membantu rakyat Palestin tanpa peru menubuhkan tabung bantuan kewangan! Atau menjadi seorang pengarah filem yang memaparkan kejahatan Yahudi setelah begitu banyak filem yang mereka keluarkan dan memaparkan umat Islam sebagai penganas!...kalian boleh apa saja untuk membantu ummah ini kalau kalian cemerlang. Ini kerana orang yang tak ada apa-apa tak mampu memberikan apa-apa. Jangan sesekali percaya dengan khurafat yang disebarkan yang kononnya akademik, sains dan teknologi, PNGK yang tinggi...tak penting, yang penting dakwah. Itu bukan dakwah tapi dakyah dan bid’ah...Sejak bila Islam pernah mengenepikan kepentingan semua itu dalam mana-mana proses pentarbiahan dan perjuangan? Fahamilah Islam ini dari orang-orang yang cemerlang, bukan dari orang-orang yang gagal...ini kerana Islam tak pernah kenal kecuali kecemerlangan. Orang yang gagal akan mentabrir semua kelemahannya hingga nampak masih sempurna..

Cemerlangkanlah peribadi anda, kefahaman anda, tarbiah anda hingga akhirnya kesan-kesan kebanggaan terhadap budaya barat dan pengaruhnya berjaya dikikis dari hidup kita. Akhirnya kita mampu membina keluarga dan anak-anak jauh dari pengaruh Yahudi yang telah menyuntik ummah ini ratusan tahun dengan budaya hedonisme dan cintakan dunia. Binalah rumahtangga berlandaskan budaya husnu al-Ikhtiar cara Islam dan bukannya cinta nafsu cara barat. Rajin-rajinlah menghadiri program halaqah, usrah, kuliah agama atau seumpamanya ...yang mampu memantapkan kefahaman dan menjernihkan iman anjuran Masjid UMS dan EKSAH atau mana-mana gerakan dan organisasi yang benar-benar membawa kefahaman yang jelas.

Cemerlangkanlah masa dan usia muda anda. Jangan jadikan ia medan bersukaria, jika ingin jadi pejuang agama dan negara. Penuhi ia dengan mengisi pelbagai bentuk kekuatan dan kemahiran jika ingin berjaya dan disanjung ketika tua. Jangan rosakkan maruah dan agama jika ingin bahagia. Buang sebanyak mungkin budaya Yahudi dalam bentuk berpakaian, hiburan, sifat dan sikap jika mahu melawan Yahudi. Mana mungkin kita melawan Yahudi sedang dalam diri kita dipenuhi racun Yahudi? Akhak, budaya hidup dan cara berfikir kita juga dipenuhi dengan pengaruh Yahudi...??? Ini kerana Yahudi tak akan berperang dengan robot Yahudi...

Seruan ini lebih kita tujukan kepada pemimpin-pemimpin pelajar. Kepimpinan itu bermaksud membawa orang yang dipimpin menuju kecemerlangan. Mana mungkin mampu memimpin orang untuk menjadi cemerlang sedangkan diri sendiri tidak cemerlang? Orang yang sesat jalan mana mungkin mampu menjadi penunjuk jalan.

Hanya dengan lahirnya generasi begini...yang memiliki segala kekuatan...akan mampu membina semula tamadun Islam yang hilang. Tamadun yang dulunya mampu mengajar alam erti keadilan, pembangunan dan kebahagiaan hakiki. Yahudi di zaman itu berada di penjuru dunia...terbiar dan ditindas oleh musuh-musuh mereka di kalangan orang Eropah sendiri. Kini setelah mereka miliki semua sumber kekuatan, mereka menjadi kuasa besar dan amat berpengaruh di dunia.

Tanpa kekuatan yang mencukupi, bukan sekadar tidak mampu membina tamadun dan mengalahkan Yahudi!! Membina diri dan keluargapun pasti tak mampu berdiri kukuh....

Apapun isu Palestin amat perlu menjadi agenda perbincangan ilmiah dalam program-program MPP dan universiti...bukan hanya di kalangan pelajar Muslim bahkan non-Muslim. Ini kerana isu ini melimpasi sempadan agama dan berkait rapat dengan nilai kemanusiaan. Parlimen Malaysia pun menjadikannya satu usul yang amat penting yang menghimpunkan kebersamaan dalam entiti politik yang berbeza.

Mudahan pelajar kita terdidik dengan nilai keprihatinan dan kemanusiaan yang tinggi...

Sabda Nabi SAW “Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka”.

Sekadar menjadi bahan berfikir.

Jumlah penduduk dunia yang beragama Islam ialah 1.5 billion (21%/penduduk dunia), Yahudi (Judaism) cuma 14 million (0.22%/penduduk dunia). (Sumber:
http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.html

4 comments:

  • Hazim Azhar says:
    January 12, 2009 at 10:54 PM

    Salam akh, Ana Hazim Azhar, ikhwah mesir.
    Ana cukup tertarik dengan post ini. Minta izin link website nta k. Jazakallah. Semoga tekad menulis.

  • Abu Syifa' says:
    January 13, 2009 at 6:35 AM

    Wsalam...ahlan akhi, link kan je..mudahan ada manfaatnya...

  • Anonymous says:
    January 15, 2009 at 10:23 PM

    sy ingin bertanya kpd ustaz,berkenaan penyembelihan yg blaku d palestin thdp umat islam,apakah peranan dan tindakan malaysia dlm m'hentikan semua itu,dan apakah tindakan PBB,OIC,liga arab dan sbgainya dlm menangani isu ini..sy bknlah seorang yg berilmu tinggi dan rajin menimba ilmu atau mbaca..tp melihat saudara kita dibunuh dgn kejam d palestin,trdetik d hati sy untk bangkit dari kejahilan ini....setelah sy mengenali produk yg d blakangnya yahudi(pembunuh abad ini),barulah sy tsedar rupanya khidupan sy slama ini dkelilingi brgn yahudi..apa yg dlakukan oleh yahudi trhadap umat islam umpama neraka cptaan mrk sdiri..setelah mereka mcipta pelbagai benda dr teknologi higgalah medik,kini mereka mcipta pula neraka utk palestin..merk mmpu mlakukannya krn ilmu yg mrk mliki..d cni,sy ingin mnyeru kpd smua yg mbaca blog ini terutama skali yg muslim,ayuhlah kta bangkit smula dari tidur yg pnjang..sedarlah dari kelekaan kta slama ini...umat islam perlu bsatu padu masa ini dan harus kmbali mnguasai ilmu pngetahuan dan mantapkan diri dgn membina kekuatan mlalui kecemerlangan..sesungguhnya mnimba ilmu itu suatu ibadah dan kwajipan bg umat islam dan memilih jln Allah itu tdk pnh rugi..smoga dgn ilmu yg kta miliki ini,kta mmpu meneruskan prjuangan mnntang kzaliman d mana jua kita berada 1 hri nnt..amin..from pro-palestin

  • Abu Syifa' says:
    January 16, 2009 at 8:31 PM

    Memang semua orang sanggup berperang dan mati syahid...sanggup ke Palestin. Tapi, yg kita nak bina amat besar..pembebasan Palestin cuma sebahagian dari gerak kerja Islam abad ini. Kina nak kembalikan ketuanan Islam dan tamadunnya di atas muka bumi, hanya dgn itu keadilan ditegakkan dan tiada satu negara (islam & bukan Islam) yg boleh dijajah sewenang2nya