Saturday, December 13, 2008

HEBAT LELAKI PADA MEMBERI....


Ramai lelaki bujang apabila merancang untuk berumahtangga sering memikirkan pulangan yang bakal ia perolehi. Bukan hanya kepuasan seksual yang halal, bahkan juga kebahagiaan yang akan diberikan oleh isterinya kelak dalam rumahtangga. Pastinya ia inginkan seorang wanita yang sempurna, mampu berkhidmat kepadanya dengan baik, mengurus rumah dengan teratur atau juga mampu memasak masakan kegemarannya.

Lelaki yang berfikiran begitu kurang hebat sebenarnya….


Allah SWT tatkala menciptakan lelaki dan wanita, ia meletakkan lelaki berada satu darjat mengatasi wanita.

Bukan darjat kemuliaan tetapi darjat bebanan dan tanggungjawab. Lelaki dikehendaki ‘memberi’ sebelum ‘menerima’. Sebelum perkahwinan dan hingggalah selepas berkahwin. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan dengan sempurna sebelum layak dibalas dengan ketaatan dan penghormatan dari seorang wanita bergelar isteri

ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف وللرجال عليهن درجة والله عزيز حكيم

(Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.) al-Baqarah:228


Dipermulaan perkahwinan, lelaki wajib memberi mahar kepada isterinya. Lelaki juga yang menerima akad nikah dari wali atau wakilnya, isteri Cuma memerhati. Akad nikah juga bermaksud akad amanah. Amanah untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga isteri yang dulunya menjadi beban si wali. Wanita pula sekadar menunggu janji dipenuhi. Lelaki kena isytiharkan azam dan cintanya dihadapan wali dan bersaksikan dua saksi sebagai tanda kesungguhannya. Kesungguhan untuk membahagiakan wanita idamannya sebagai tanda cinta sejati yang bersulamkan syariat Ilahi. (Tidak seperti kebanyakan ‘couple’ zaman sekarang…belum kahwin dah berkorban jiwa raga, tergadai maruah dan harga diri. Selalu yang berkorban dan terkorban adalah wanita. Sebab tu ada rumah perlindungan wanita yang terlanjur dan takde rumah perlindungan lelaki yang terlanjur. Walaupun bila buat tu atas nama suka sama suka…cinta dan pengorbanan…kah kah kah.. Bila tak jadi…wanita menanggis dan lelaki ketawa sendiri…disitulah bodohnya sesetengah wanita...jahatnya lelaki).


Bila dah kahwin…lelaki kena mencari nafkah, membahagiakan keluarga dan anak-anak. Nafkah makan minum, pakaian, kediaman, rawatan dan sebagainya. Wanita terima je…

Lelaki kena mentarbiyyah isteri dan anak-anak hingga mampu terselamat dari neraka dunia dan akhirat. Lelaki lagi yang memberi…

( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ أَمَنُو قُوا أَنفُسَكُمْ وَ أَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَة عَلَيْهَا مَلَائِكَةُ غِلاَظُ ُ شِدَادٌُ لَّا يَعْصُونَ اللهَ مَا أَمَرَهُمْ وَ يَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ:)

(Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); ) al-Tahrim:6


Lelaki sebagai ketua keluarga juga bertanggungjawab memastikan rumahtangganya berada di atas landasan agama sepanjang masa, dibudayakan dengan budaya syura dan mampu melahirkan zuriat yang menjadi ummah terbilang…lelaki yang perlu dipersalahkan terlebih dahulu kalau rumahtangga kucar kacir kerana kuasa kepimpinan berada ditangannya…isteri Cuma sebagai pembantu.


Suami juga akan dipersoalkan oleh Allah atas kelemahan dan kelalaian isteri dan anak-anak, kerana itu dia perlu menjadi qudwah dan murabbi kepada keluarga dalam merealisasikan ajaran agama dalam kehidupan.

والرجل راع في أهل بيته ومسئول عن رعتيه

(Lelaki itu pemimpin untuk ahli rumahnya dan akan dipersoalkan terhadap orang yang dibawah tanggungannya). Riwayat al-Bukhari


Itulah sedikit gambaran betapa besarnya peranan lelaki dalam memberi kebahagiaan pada isteri dan keluarganya. Jadi BILA masanya lelaki layak memperolehi balasan kebahagiaan?


Bahkan dalam urusan dalaman rumah seperti memasak, mencuci pakaian dan menjahit…walaupun bukan kerja asasi suami, tetapi Rasulullah SAW membuktikan bahawa menjadi tanggungjawab lelaki membantu meringankan beban kerja isteri seperti yang disebut oleh Aisyah RA: “adalah Rasulullah SAW melakukan kerja-kerja rumah seperti orang lain melakukan kerja-kerja rumah, menampal kasut, menjahit pakaian…”.


Anak-anak yang dibesarkan hasil dari titik peluh suamipun dikehendaki melebihkan ibunya dalam kasih sayang dan penghormatan melebihi bapanya. Harta milik isteri haram dicuit oleh suami walaupun satu sen tanpa izin isteri…sedangkan isteri berkongsi harta suaminya dan layak mengambilnya walau tanpa izin suami.


Jadi dimana hebatnya jadi lelaki dan dimana hebatnya jadi suami? Bilalah ia akan mengecapi kebahagiaan sebagai suami?


Sebenarnya kebahagiaan suami ialah pada banyak mana ia memberi kebahagiaan pada keluarganya dan sejauhmana ia mampu menyelamatkan mereka dari azab dunia dan neraka akhirat. Kebahagiaan lelaki sebenarnya bermaksud membahagiakan orang lain atau melihat orang lain bahagia. Ia cuma redha menerima setelah puas memberi…


Mungkin ramai lelaki akan mengeluh dan tertanya-tanya...dah pun siang memberi, malam-malam pun memberi.?? He he...tapi jangan rasa menyesal sebagai suami...sebab part ni amat berbaloi...bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda:

وفي بضع أحدكم صدقة

(didalam persetubuhan salah seorang diantara kalian ada pahala).(HR Muslim dan al-Nasaie)


Jadi jangan jemu memberi dan bersedekah... berpahala tuuuuuuu.....


Lantaran itu...jangan hairan kalau melihat rombongan keluarga melintas depan mata. Si bapa memakai pakaian ala kadar sahaja, sedang anak-anak cantik bergaya dan si isteri gemerlapan bercahaya...jangan dulu menghukum nya lelaki kedekut...ini kerana bahagianya ada pada kegembiraan ahli keluarganya. Ketenangannya ada pada kepuasan mereka. Cahaya di wajah merekalah menjadi suluh menerangi wajahnya. Sebenarnya dialah lelaki hebat...hebatnya pada memberi bukan pada menerima. Malah sangat mengaibkan lelaki yang lebih banyak menerima sebelum memberi...

Begitulah seorang lelaki sepatutnya menilai diri dan dinilai…


(Tulisan ini lebih perlu dibaca oleh lelaki yang teringin nak tambah cawangan. Tanya diri sendiri, dah cukup ke kita memberi hingga apabila diminta pengorbanan isteri dia akan menjawab dengan jujur dan tenang..."takpe lah bang, kali ini giliran 'ayang' pula berkorban."...Subhanallah. Atau jawapannya begini..."alaaahhh, yang dok adapun tak mampu nak dijaga"...he he dan innalillah...tetapi kekadang ada benarnya: kontraktor yang gagal dalam projek bina rumah yang pertama akan terus gagal pada projek berikutnya atau sekurang-kurangnya jadi 'asas takut' untuk mengambilnya jadi kontraktor membina rumah berikutnya...kecualilah bagi wanita yang suka memperjudikan nasibnya ditangan kontraktor rumah begitu? Bagi wanita, tak salah jadi yang kedua kalau terpaksa dan tak dipaksa...tapi pastikan dulu bakal kontraktor yang nak buka kilang baru kat tanah saudari memang telah diluluskan sebagai kontraktor bertauliah, memiliki sijil ISO tahap tinggi pada kualiti diri, rekabentuk dan hasil kerjanya, bahkan telah terbukti dan diiktiraf (khususnya oleh isteri dan anak2nya)...InsyaAllah, mereka ini mampu bina rumah atas Sunnah Nabi (istilah ni selalu dijadikan skrip orang lelaki...aku pinjam je). Lain dari tu, tiada yang sanggup bagi jaminan kerana kaedah telah menyebut: Orang yang tiada sesuatu, tak mampu beri sesuatu. Orang yang cuma ada setengah gelas air takkan mampu memberi segelas..sekadar bahan berfikir)



13 comments:

  • Anonymous says:
    December 14, 2008 at 6:30 AM

    Kadang-kadang persepsi kebanyakan masyarakat sekarang ini membuatkan sesetengah kita keliru meletakkan mana satu yang lebih utama. Kerjaya kah yang utama? Atau Keluarga kah yang utama? Walaupun faham kita bahawa keutamaan itu perlu diletakkan kepada keluarga. Tapi, yang terbuat adalah di sebaliknya. Masa yang ada lebih banyak dihabiskan kepada kerjaya. Saki-bakinya barulah diberikan kepada keluarga. Si isteri pula enggan berhenti kerja kerana padanya mungkin title `surirumah` itu amat rendah classnya. Isteri-isteri jenis ini tidak nampak bahawa Institusi Keluarga itu amat besar dan perlu penumpuan 100% serta sifat profesionalisma dan ilmu yang tinggi. Bukankah sepatutnya, kita bekerja itu adalah untuk membangunkan keluarga yang cemerlang? Apa komen ust...?

    -bapa dlm dilema-

  • Abu Syifa' says:
    December 14, 2008 at 7:40 AM

    Allah SWT dah tentukan setiap sesuatu di alam ini ada sistemnya. Kehidupan manusia dari makan, tidur, berkeluarga hinggalah berniaga telah disusun sistemnya. Bila lari haluan radar dari arah yg ditentukan ilahi..pasti kesannya buruk pada kehidupan manusia. Samalah dlm hal berkeluarga. Bila suami dan isteri dah tak faham peranan atau buat-buat tak faham...lambat laun kesannya tetap buruk. Mungkin penyakit itu tak menyerang serta merta, tapi dikemudian hari ketika jiwa menanti bahagia...sayang yg datang adalah bencana sedang sudah tidak ada ubat dipasaran yg mampu merawat...sbb sudah terlambat. Tabiat org sekarang...nak untung cepat..

  • Abu Syifa' says:
    December 14, 2008 at 7:43 AM

    Apapun itu terpulang pada citarasa setiap pasangan, bentuk rumahtangga bagaimana yg mrk nak bina...antara 2 pilihan kadangkala terpaksa mengorbankan salah satu kesukaan :)..Islam cuma bagi panduan. Tak nak ikut aturan tuhan pun takpe..mereka dan keluarga mereka juga yg tanggung kesan dan balasan...kita cuma bisa bagi pandangan:)Mudahan Allah kurniakan kita keluarga sejahtera dan anak2 soleh yg meneruskan tradisi perjuangan kita

  • Anonymous says:
    December 14, 2008 at 7:47 PM

    Terima kasih banyak ya ust...

    -bapa delima dah berkurang- :-)

  • Azhari Zhahir says:
    December 15, 2008 at 9:46 AM

    Salam,
    Ust..best la artikel nie..
    nak cut paste boleh?

  • Abu Syifa' says:
    December 15, 2008 at 4:39 PM

    Silahkan..copy..he he, dan syukran. Sekadar perkongsian 'bahan berfikir' walau takde 'ilmu tambahan' di dalamnya...

  • Zati says:
    January 6, 2009 at 7:00 PM

    السلام عليكم يا أخي
    Lama x dgr khabar berita...seronok baca tulisan Abg Sarip, ditambah pulak dgn gambar anak2 di Jordan tu. Rindu nak kembali ke zaman silam! Semoga kita sama2 selalu mendapat hidayah & rahmah dari-Nya...Amiin...

  • Abu Syifa' says:
    January 7, 2009 at 7:31 AM

    Wsalam zati. Ahlan Wasahlan..begitulah hidup ini, masa lalu yg ditinggalkan mmg menyeronokkan. Tapi di hadapan lagi byk cabaran & t'jwb. Dulu anak2 tu kecik..senang nak urus. Skg dah besar, keperluan mrk berbeza...tahun ni seorg UPSR, PMR dan SPM...itu akademik, belum lagi pembinaan fikrah dan akhlak...byk cabaran..

  • hidayah seekers says:
    February 2, 2009 at 5:54 AM

    walaupun belum bergelar suami,tp sbgai seorang lelaki,rasanya hamba lbh bnyk menerima dr memberi..betapa jahilnya hamba..pro-palestin

  • aied says:
    June 2, 2009 at 8:20 PM

    salam ya ust.saya nak copy n paste artikel ni boleh x?sya nak kongsi dg kawan2..

  • Abu Syifa' says:
    June 7, 2009 at 5:39 AM

    Ahlan Akhi Aeid..copylah..cuma tolong letakkan linknya.

  • epal says:
    November 30, 2009 at 5:35 AM

    salam ustaz

    byk saya dpt manfaat baca blog ustaz ni..., sy suka bc blog org...nak perbaiki diri n tamabh ilmu....saya suka tajuk ni, :) ....hebat lelaki pada memberi.... sy tgk dan nilai ayah saya sendiri.... leh sy cut n paste, sy wat reference blog ustaz ek....tq

  • Abu Syifa' says:
    November 30, 2009 at 9:02 PM

    InsyaAllah...copy paste je..mudahan ada manfaatnya