Tuesday, October 7, 2008

KHUTBAH RAYA PUASA 2008 - NAFSU

الله أكبر× 7 كالي ، الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون، لا إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد. الحمد لله رب العالمين الذي وفق المؤمنين إلى طاعته وتجلى عليهم بدينه. وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، إليه يصعد الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وصفيه وحبيبه دعانا إلى العمل والجد وحذرنا من الكسل والعجز. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وأتباعه إلى يوم المعاد، أما بعد:

Muslimin dan Muslimat, tetamu satu Syawwal yang dirahmati Allah,
Allah swt ketika memfardhukan puasa menyebut:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ(183) سورة البقرة
“Difardhukan kepada kamu berpuasa, seperti mana difardhukan ke atas umat-umat terdahulu, (tujuannya) mudah-mudahan kamu bertakwa”.

Puasa bertujuan untuk meningkatkan tahap ketakwaan kita kepada Allah SWT. Puasa yang kita laksanakan selama sebulan lamanya adalah satu proses semulajadi
Fitrah manusia. Manusia yang terdiri dari hawa nafsu tidak akan mampu mengangkat darjat kemuliaannya sebagai manusia kecualilah ia mampu melawan dan menkontrol hawa nafsunya. Apabila dirinya menjadi hamba kepada hawa nafsu, ketika itu dia bulan lagi manusia,bahkan lebih hina dari binatang, lebih hina dari monyet, lebih hina dari anjing dan babi. Ini kerana ia sepatutnya menjadi hamba kepada Allah yang telah menciptanya, yang telah memberinya nikmat kehidupan, nikmat mata, tangan, mulut dan telinga. Allahlah juga memberi rezeki yang ia makan dan lebih hebat dari itu Allah memberikan dia nikmat akal yang membolehkan ia berfikir. Dengan akal manusia berbeza dari binatang walaupun binatang juga memiliki otak. Nmun ia mereka tidak boleh berfikir. Kerana manusia boleh berfikirlah mereka mampu mencipta pelbagai perkara untuk kesenangan hidup., pelbagai teknologi, pelbagai bidang keilmuan mereka pelajari dan terokai. Namun di hari mereka menjadi hamba kepada nafsunya, tidak mengikut kebijaksanaan akal yang terlah dikurniakan oleh tuhannya...mereka akan menjadi hina, bukan saja hina di dunia bahkan lebih hina diakhirat.

Tetamu syawal yang dirahmati Allah
Allah telah menyamakan orang yang menjadi hamba kepada hawa nafsunya seumpama anjing

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آَتَيْنَاهُ آَيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ (175) وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (176 سورة الأعراف
(Dan bacakan kepada mereka berita orang yang telah kami berikan ayat-ayat kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri darinya (tak mahu mengikut arahan tuhannya), lalu ia diburu oleh syaitan (sampai dia tergoda), jadi termasuklah dia orang yang sesat. (Padahal) kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan derjatnya (dgn ayat-ayat kami) tetapi ia cendurung kepada dunia dan mengikut hawa nafsunya, maka perumpamaan mereka umpama anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dijulurkan juga lidahnya. Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir)

Tetamu syawal yang dirahmati Allah
Puasa mengajar kita mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan antara subuh hingga maghrib setiap hari. Kalau itupun tak mampu di kawal, bagaimana dengan nafsu lain yang lebih durjana dan sering memusnahkan hidup manusia? Nafsu seks, nafsu gilakan harta, gilakan wanita, gilakan kuasa dan pelbagai jenis dan kategori yang lain. Semua ini telah banyak memusnahkan manusia semenjak zaman dahulu lagi. Lihat sahaja nasib firaun yang gila kuasa hingga sanggup mengaku sebagai tuhan, lihat sahaja Qarun yang gila harta dan memiliki harta yang melimpah ruah, lihat nasib kaum luth yang gila seks hinggakan kaum sejenis pun mereka gauli, lihat sahaja nasib kaum thamud, kaum nuh, kaum aad…mana perginya kehebatan mereka? Hingga sanggup melanggar perintah tuhan dan mentaati hawa nafsu mereka? Sejarah telah membuktikan kehebatan mereka tidak kemana, Allah telah hancur-hancur dan musnahkan mereka di dunia lagi dan bala dan malapetaka yang dahsyat. Itu Cuma baru balasan di dunia, diakhirat azab neraka yang amat pedih telah tersedia untuk mereka.

Tetamu Syawal yang dirahmati Allah;
Memang manusia difitrahkan memiliki hawa nafsu, tetapi semua itu perlu dikawal hingga tidak menjadi TUHAN kita…firman Allah:
{ أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلا تَذَكَّرُونَ } [الجاثية: 23] .
(Maka pernahkah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuannya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran).

Jangan sampai Allah tidak memberi kita peluang untuk kembali, waktu itu kita di dunia umpama bangkai bernyawa yang berjalan di muka bumi, umpama penghuni neraka yang dibiar menikmati sementara syurga dunia dan akhirnya akan kembali ke neraka jahannam untuk merasai azab selama-lamanya.

Tetamu Syawal yang dirahmati Allah:
Hati-hatilah dalam melayari kehidupan kerana mati tiada temu janji…namunia sesuatu perjanjian yang pasti. Kembali lah kepada Allah apabila kita sedar diri tersesat dek godaan hawa nafsu dan syaitan. Segeralah bertaubat sebelum pintunya ditutup rapat. Rasulullah SAW bersabda:
"والذي نفسي بيده لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به".
(Demi Allah yang diriku ditangannya, tidak beriman salah seorang dikalangan kamu sehinggalah hawa nafsunya mengikuti apa yang telah datangkan dengannya)

Hanya dengan mentaati perintah Allah pada arahan dan larangannya sahaja yang akan menjadikan manusia bebas dari kawalan nafsu, bebas dari bertuhankan nafsu.

Tetamu Syawal yang dirahmati Allah
Memang tidak mudah melepaskan diri dari godaan hawa nafsu, godaannya sangat mengasyikkan hati. Dunia ini sangat indah dimata orang-orang yang jauh dari Allah dan kurang beriman dengan hari kematian dan hari pembalasan. Godaan wanita, harta dan kenikmatan yang memabukkan akal dan merosakkan iman bukan sesuatu yang mudah ditepis. Namun bagi orang yang meyakini ada hidup dan mati, ada perhitungan dan pembalasan, ada syurga dan neraka…mereka terpaksa mengorbankan kenikmatan sementara itu demi memperolehi kenikmatan yang kekal abadi di syurga. Adapun bagi mereka yang cetek akalnya, pendek perkiraannya…mereka akan menghabiskan umur yang pendek untuk menikmati sebanyak mungkin kenikmatan duniawi dan memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Bagi mereka di akhirat adalah azab yang pedih andainya tidak sempat bertaubat sebelum mati. Alangkah tidak berbaloinya menghabirkan usia 100 tahun sekalipun dalam nikmat duniawi sedang bayarannya adalah kehidupan kekal abadi dalam siksaan ukhrawi. Allah SWT berfirman:
{ وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا } [الكهف: 28].

(Bersabarlah kamu bersama orang-orang yang menyeru tuhanNYA pada pagi dan petang dengan mengharap keredhaannya dan jangan kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan duniawi. Jangan sesekali mentaati orang-orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati kami serta menurut hawa nafsunya dan ia keadaannya ia sudah terlalu melampaui batas)

Bersabarlah, Mujahadahlah, berusahalah untuk mendidik diri, keluarga dan anak-anak untuk mematuhi perintah Allah. Jangan sesekali diri kita dan keluarga kita menjadi hamba nafsu dan sarang maksiat kerana akhirnya dikhuatiri kita sekeluarga akan menjadi bahan bakar api neraka di akhirat nanti.
وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ (22) جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آَبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ وَالْمَلَائِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِمْ مِنْ كُلِّ بَابٍ (23) سَلَامٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ (24) الرعد
(Dan org yang sabar kerana mengharapkan keredhaan tuhannya, menlaksanakan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kpd mereka secara sembunyi dan terang-terang serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang akan mendapat tempat kesudahan yang baik. Iaitu syurga Adnn, mereka akan masuk kedalamnya bersama orang-orang yang saleh di kalangan nenek moyangnya, isteri-isterinya dan anak cucunya sedang para malaikat masuk ketempat-tempat mereka dari semua pintu sambil mengucapkan ‘selamat sejahtera atasmu kerana kesabaran kamu’ Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu)

بارك الله لي ولكم في القرأن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم. فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة النائبين.
KHUTBAH KEDUA

الله أكبر× 5 كالي ،لا إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد.
الحمد لله رب العالمين الذي احيينا في هذا الشهر المبارك، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، اللهم صل وسلم على حبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمين. أما بعد:
Muslimin dan Muslimat, tetamu satu Syawwal yang dirahmati Allah Gunakan kesempatan Hari Raya terutama bagi mereka yang jarang kembali ke desa tercinta untuk mempereratkan semula tali silaturrahim sesama kita. Ziarahilah kaum kerabat dan sahabat handai, khususnya mereka yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan ayah atau ibu kita yang telah pergi ke alam baqa. Rasulullah saw pernah ditanya: Bolehkan aku berbuat baik kepada kedua orang tuaku yang telah meninggal dunia?. Jawab baginda:
)نعم، الصلاة عليهما والإستغفار لهما وإنقاذ لهما من بعدهما وصلة الرحم التى لا توصل إلا بهما وإكرام صديقهما(
(Ya, dengan memperbanyakkan doa dan istigfar untuk mereka, menunaikan janji dan wasiat mereka, menghubungkan silaturrahim dengan orang-orang yang tak sampai hubunganmu dengan mereka melaikan dengan perantaraan mereka dan memuliakan kawan-kawannya yang masih hidup).

Tetamu Syawwal yang dirahmati Allah,
Amalan sesetengah orang yang lebih gemar berhariraya di hadapan peti TV merupakan amalan yang tidak baik. Sepatutnya inilah peluang terbaik untuk merapatkan diri dengan keluarga dan masyarakat. Apatah lagi kalau kita jarang-jarang dapat kembali ke desa dan berjumpa mereka. Jadikanlah Hari Raya sebagai hari ziarah menziarahi. Rasulullah saw bersabda:
)حقت محبتي للمتزاورين في(
(Wajib kasih sayangku kepada orang-orang yang ziarah menziarahi keranaku) HR Ahmad.

Sabda Baginda Lagi:
)إن المسلمين إذا التقيا وتصافحا وضحك كل واحد منهما في وجه صاحبه لا يفعلان ذلك إلا لله لم يتفرقا حتى يغفر لهما(
(Sesungguhnya dua orang Muslim apabila mereka berjumpa dan bersalam-salaman dan ketawa sesama mereka pada wajah sahabatnya, mereka tidak melakukan semua itu melainkan kerana Allah, tidak berpisah kedua-duanya melainkan setelah diampunkan dosa-dosa mereka oleh Allah swt) HR Abu Daud.

Tetamu Syawwal yang dirahmati Allah,
Hari raya, inilah musim untuk kita melupakan sengketa lama. Kembali kepada kewarasan akal yang sejahtera. Apa guna bermusuh lama-lama. Demikian itu tidak menguntungkan sesiapa. Syurga itu milik hamba yang sering kasih mengasihi sesama mereka. Hulurkan tangan maaf dipinta, walau hakikatnya bukan kita yang memulakan angkara. Apalah salahnya kita mengalah sedikit demi kemenangan yang kekal abadi. Al-Hakim dengan sanadnya yang sahih meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Baginda saw bersabda:
(Tiga perkara, andainya ia ada pada diri seseorang, Allah akan menghisabnya di akhirat dengan hisab yang mudah dan dimasukkan ia ke dalam syurga dengan rahmatnya…..Berilah kepada orang yang enggan memberi kepadamu, hubungkan silaturrhim dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu dan maafkanlah orang yang pernah menzalimimu. Maka apabila engkau mampu berbuat demikian engkau akan dimasukkan ke dalam syurga).

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kerana Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا(56) سورة الأحزاب
(Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya).
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
اللهم اغفر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم الأموات.
اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو عصمة أمرنا وأصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا وأصلح لنا آخرتنا التى إليها معادنا واجعل الحياة زيادة لنا في كل خير واجعل الموت راحة لنا من كل شر.
اللهم انصر الإسلام والمسلمين وانصر المجاهدين في فلسطين وفي كل مكان يا رب العالمين.
اللهم آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
عبادالله إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم واسئلوا من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر والله يعلم ما نصنعون.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

2 comments:

  • Muhammad Umar Sarimal (Mus) says:
    October 26, 2008 at 12:40 AM

    sebuah khutbah yg amat mantap dan berbisa. salam eidilfitri maaf zahir & batin istimewa utk abg sarip sekeluarga. semoga menjadi blogger yg berjaya..hehe. kirim slm dgn kak kinah & adik2 yg dah semakin membesar...

    tq,
    umar

  • Red Metal Arch says:
    April 25, 2010 at 6:34 AM

    mantap...siap bole gunakan untuk belajar berpidato lagi ^_^